10 sebab aku tak pasang shoutmix widget
10 sebab aku tak pasang shoutmix widget
salam semua. ni bukan tutorial nak pasang shoutmix widget atau shoutbox tau huhu. pade yang selalu mengikuti perkembangan blog aku mesti perasan dulu aku pasang shoutmix widget supaye senang aku nak berinteraksi dengan blogger yang lain. senang aku nak berblogwalking. senang nak bermesra mesra alam dengan blogger lain keh3. TAPI kenape aku dah tak pasang shoutmix widget ni?
cube korang tengok shoutmix widget korang. ade tak user yang dok promote barang2 kat situ. berape banyak? agak2 korang la kan...user macam ni bace tak blog korang. ke sekadar letak link pastu teros blah. tak datang2 lagi. so..ape yang korang dapat? aku rase korang akan lebih happy bile pembaca datang blog dan baca entry korang kan?side income tu ketepikan dulu. kepuasan tu. bile ade yang komen. ade yang bace. kan?
lepas tu,ade tak perubahan dalam pageview korang bile korang letak shoutmix ataupon chatbox ni. kalau ade,bagos,teroskan. aku tak nafikan ade antara blogger yang suke berborak dan berinteraksi dalam shoutmix dan ini secare tak langsung dapat memberi maklumat dan merapatkan lagi hubungan antara blogger.
Aku start buat blog dah lame cume malas nak update. aku dah try macam2 widget,template dan macam2 sehinggalah aku datang ke blog otai2 dan blog blogger yang berpengalaman. aku bace entry diorang. aku cube aplikasikan ape yang diorang ajar tu dalam blog aku. memang,aku tak nafikan,belom lagi mantap blog ni. cube korang tanye blogger yang otai tu. bape lame diorang nak naikkan blog diorang. ape yang diorang pesan??nantikan entry akan datang hehe
maap kalau ade salah silap.aku budak biase yang hidopnye biase2..eh??ade ke 10 sebab..korang carilah keh3
Sebab-sebab Doa Tidak Diterima
Seringkali kita berdoa kepada Allah. Namun adakalanya kita rasakan doa yang kita panjatkan itu tidak diterima Allah. Lalu kita muhasabah kembali apakah sebabnya doa kita itu tidak diterima?
Berikut kisah wanita ingin menyenaraikan 10 sebab mengapa doa tidak diterima.
1. Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhanNya
2. Mengatakan cinta kepada Rasul, tetapi meninggalkan Sunnahnya
3. Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya
4. Mengatakan Syaitan itu musuhnya tetapi tidak menentangnya
5. Makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepadaNya
6. Mengatakan Syurga itu benar tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7. Mengatakan Neraka itu benar tetapi tidak berusaha lari daripadanya
8. Mengatakan Mati itu benar tetapi tidak bersedia untuknya
9. Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban diri sendiri
10. Mengebumikan mayat-mayat(sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka
Mungkinkah doa kita tidak diterima atas sebab-sebab diatas. Mari kita muhasabah kembali diri kita, iman kita dan amal kita. Semoga Allah terus melayan doa-doa kita selepas ini. InsyaAllah
Berikut kisah wanita ingin menyenaraikan 10 sebab mengapa doa tidak diterima.
1. Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhanNya
2. Mengatakan cinta kepada Rasul, tetapi meninggalkan Sunnahnya
3. Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya
4. Mengatakan Syaitan itu musuhnya tetapi tidak menentangnya
5. Makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepadaNya
6. Mengatakan Syurga itu benar tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7. Mengatakan Neraka itu benar tetapi tidak berusaha lari daripadanya
8. Mengatakan Mati itu benar tetapi tidak bersedia untuknya
9. Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban diri sendiri
10. Mengebumikan mayat-mayat(sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka
Mungkinkah doa kita tidak diterima atas sebab-sebab diatas. Mari kita muhasabah kembali diri kita, iman kita dan amal kita. Semoga Allah terus melayan doa-doa kita selepas ini. InsyaAllah
Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 10 Disember 2011
Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 10 Disember 2011
December 10, 2011
Fenomena gerhana bulan penuh akan terjadi pada 10 Disember pada hari ini. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam. Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat.
gerhana bulan
Gerhana Bulan 1433Hijrah
Assalamualaikum teman-teman
Sekadar ingin berkongsi bersama kalian. Malam ini fenomena pertemuan antara matahari dan bulan akan berlaku lagi. Kurang beberapa jam sahaja lagi untuk peristiwa itu untuk tahun 1433Hijrah. Ia adalah fasa purnama Muharam 1433H yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.
Dikesempatan ini saya ingin mengajak teman-teman semua untuk turut serta mengerjakan solat sunat gerhana seta memperbanyakkan doa. Gerhana adalah salah satu dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Subhanallah! Moga Allah redha dan rahmati kita semua insyaAllah.
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Rakaat pertama
- 1. Niat solat Gerhana, Takbir
- 2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
- 3. Rukuk
- 4. I’tidal
- 5. Baca Al-Fatihah dan surah
- 6. Rukuk.
- 7. I’tidal.
- 8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
- Rakaat kedua
- 1. Niat solat Gerhana, Takbir.
- 2. Baca Al-Fatihah dan surah.
- 3. Rukuk.
- 4. I’tidal,
- 5. Baca Al-Fatihah dan surah.
- 6. Rukuk.
- 7. I’tidal.
- 8. Sujud
- 9. Tahiyyat Akhir
- Rasulullah S.A.W bersabda:"Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat."[ Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.]Salam Mahabbah
Langgan:
Catatan (Atom)