Seringkali kita berdoa kepada Allah. Namun adakalanya kita rasakan doa yang kita panjatkan itu tidak diterima Allah. Lalu kita muhasabah kembali apakah sebabnya doa kita itu tidak diterima?
Berikut kisah wanita ingin menyenaraikan 10 sebab mengapa doa tidak diterima.
1. Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhanNya
2. Mengatakan cinta kepada Rasul, tetapi meninggalkan Sunnahnya
3. Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya
4. Mengatakan Syaitan itu musuhnya tetapi tidak menentangnya
5. Makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepadaNya
6. Mengatakan Syurga itu benar tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7. Mengatakan Neraka itu benar tetapi tidak berusaha lari daripadanya
8. Mengatakan Mati itu benar tetapi tidak bersedia untuknya
9. Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban diri sendiri
10. Mengebumikan mayat-mayat(sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka
Mungkinkah doa kita tidak diterima atas sebab-sebab diatas. Mari kita muhasabah kembali diri kita, iman kita dan amal kita. Semoga Allah terus melayan doa-doa kita selepas ini. InsyaAllah :)