Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pengumuman
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas Maghrib pada 31/7/2011 sememangnya ditunggu oleh semua rakyat 1
Malaysia untuk pengetahui tarikh sebenar berpuasa.
Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa
tarikh melihat anak bulan bagi
menentukan permulaan puasa bagi semua umat
Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Sejarah amalan
merukyah atau
melihat anak bulan Ramadhan dan
Syawal telah bermula di Malaysia sejak tahun 1933. Kalau nak baca sejarah boleh review balik entri tahun lepas @
link, bagus juga baca untuk tambah ilmu pengetahuan tak lah pening bila anak tanya nanti.
Ramadhan ini bulan kita, umat
Rasulullah SAW yang sangat ditunggu untuk mereka yang mengejar
ALLAH SWT kerana berbagai ganjaran disediakan. Ramadhan adalah
Madrasah Realiti yang mendidik jiwa manusia untuk jadi lebih dekat dengan
ALLAH SWT. Tapi jangan tak percaya Ramadhan juga menjadi Neraka kepada yang jauh dengan
ALLAH SWT kerana kebebasan untuk makan terhalang. Bagi mereka Ramadhan ini sangat menyusahkan, mungkinkah mereka ini ada disekeliling kita, teman dan rakan rapat kita. Apa yang perlu kita buat? Berdoalah semuga
ALLAH SWT berikan
Hidayah kepada mereka ini.
Untuk ulangkaji
bacaan dan niat berpuasa bulan Ramadhan saksikan video ini
Tarikh melihat anak bulan puasa 1432H kelihatan sudah hampir. Berdoalah kepada ALLAH SWT semuga kita dipilih menjadi salah seorang yang dapat beribadah dalam bulan mulia bulan Ramadhan 1432H kerana pasti ramai yang ALLAH SWT akan ambil nyawanya menjelang Ramadhan. Doalah semuga kita bukan antara yang ALLAH SWT ambil nyawanya.
Tempat melihat anak bulan Ramadhan :
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga –Bernama